Ucapan Dasar : "Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur"

Ucapan Dasar : "Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur"
MOHD. HILMI RAMLI, Presiden PKPIM

Ucaptama Perasmian bertajuk "Memugar Idealisme Politik Baru di Kalangan Generasi Muda"

Ucaptama Perasmian bertajuk "Memugar Idealisme Politik Baru di Kalangan Generasi Muda"
Y.B. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Kertas Kerja Utama "Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam Sebagai Teras Kenegaraan"

Kertas Kerja Utama "Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam Sebagai Teras Kenegaraan"
PROF. DR. WAN MOHD NOOR WAN DAUD, Felo Utama ATMA UKM

Kertas Kerja 1 : "Perpaduan Melayu lwn. Perpaduan Nasional?"

Kertas Kerja 1 : "Perpaduan Melayu lwn. Perpaduan Nasional?"
DR. SARJIT SINGH GILL, Pesyarah Kanan UPM

Kertas Kerja 2 : "Integriti dan Pembinaan Jatidiri"

Kertas Kerja 2 : "Integriti dan Pembinaan Jatidiri"
DATUK DR. MOHD TAP SALLEH, Presiden IIM

Kertas Kerja 3 : "Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda"

Kertas Kerja 3 : "Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda"
TN. HJ. ABD. MALEK AWANG KECHIL, Ketua Pengarah YaPEIM

SIDANG KHAS:HALATUJU NEGARA : ANTARA ASPIRASI PARTI POLITIK DAN ISEALISME GENERASI MUDA

SIDANG KHAS:HALATUJU NEGARA : ANTARA ASPIRASI PARTI POLITIK DAN ISEALISME GENERASI MUDA
Nasrullah Al-Ghifarry, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Mohd. Syamsul Salleh

Kongres tuntut jaga kepentingan Islam-Melayu

MALAYSIAKINI...
Jimadie Shah Othman
Ogos 7, 09
2:21pm

Runsing terhadap sikap kerajaan yang dianggap tidak mempunyai dasar tegas dalam menangani permintaan pelbagai kaum, satu persatuan mahasiswa menganjurkan seminar bagi menegaskan kepentingan Islam sebagai teras kenegaraan.

"Keadaan sekarang seperti pada tahun 1969, yang kelihatan seolah-olah tiada dasar yang tegas dalam sesuatu perkara.

"Kita kadangkala ikut permintaan kaum lain (bukan Melayu) sehingga kadangkala terlebih bayar," kata exco pendidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi.

Esok, persatuan mahasiswa Islam itu menganjurkan seminar sehari bertajuk 'Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan' yang dikelolakan bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) di Kompleks MAYC di ibu negara.

Menjelaskan kebimbangannya, Abu Qassim berkata, ia sudah lumrah disuarakan NGO Melayu-Islam bagi menegaskan keperluan "perlindungan minumum" kepada kaum ini dalam pelbagai aspek, seperti pemberian kuota pendidikan.

Beliau, yang juga pengarah program itu, berkata kongres itu juga ingin menegaskan tiga lagi teras utama kenegaraan - perpaduan rakyat, integriti dan jati diri Malaysia dan kecemerlangan ekonomi.

Tambahnya, resolusi seminar tersebut akan diberikan kepada pemimpin utama BN dan Pakatan Rakyat yang terlibat menggubal dasar negara mulai minggu depan.

"Resolusinya akan dikemukan kepada pelbagai pihak, terutamanya yang terlibat dalam penggubalan dasar seperti ahli parlimen, tidak mengira parti," katanya.

Abu Qassim, juga exco PKPIM berkata, kira-kira 250 pelajar mengesahkan akan menyertai seminar itu, termasuk dari Indonesia, Thailand dan Maghribi.

Empat sarjana diundang membentangkan kertas kerja bagi mengupas kepentingan teras-teras itu, Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud dan Dr Sarjit Singh Gill.

Dr Wan Mohd Noor akan membentangkan kertas berjudul "Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam Sebagai Teras Kenegaraan", manakala Dr Sarjit Singh pula membentangkan "Perpaduan Melayu lawan Perpaduan Nasional?"

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan menyampaikan ucap utamanya dalam persidangan tersebut.

Tentatif Kongres Pelajar & Penegasan Teras-Teras Kenegaraan

Sabtu, 8 Ogos 2009

0730 Sarapan pagi untuk peserta MPAT ke-48
0745 Para peserta MPAT PKPIM 48 bergerak ke Dewan Utama Wisma Belia
0800 Pendaftaran peserta kongres
0845 Perarakan masuk barisan exco PKPIM bersama Presiden
0900 Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dan Ucapan Dasar Presiden
0900 Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Alunan lagu Negaraku
0910 Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Induk
0915

Ucapan Dasar MPAT PKPIM ke 48: “Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur”
Oleh: Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM


1000 Rehat
Ketibaan para tetamu jemputan
Ketibaan tetamu kehormat
Perarakan masuk tetamu jemputan dan Perasmi
Perasmian Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke-48 PKPIM dan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan

1005 Aluan Pengerusi Majlis
1010 Ucapan Aluan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM
1020 Ucapan Aluan YBhg. Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Presiden IIM
1030 Ucap Utama Perasmian
Oleh: YBhg. Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
1115 Pelancaran Buku : Sejarah dan Perjuangan PKPIM
Persembahan Multimedia
Penyerahan cenderamata
1130 Sidang Media dan Jamuan Ringan

1200 Sidang 1: “Kepentingan Memahami Sumbangan dan Peranan Islam dalam Pembinaan Teras Kenegaraan”
Oleh: YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd. Noor Wan Daud, Fellow Utama ATMA, UKM
Pengulas: 1. YBhg. Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Tim. Dekan IRK UIAM

1330 Makan tengahari
Solat Zuhur

1430 Sidang 2 (Sesi Selari)
1. ”Perpaduan Melayu lwn. Perpaduan Nasional?”
Oleh: YBhg. Dr. Sarjit Singh Gill, Pensyarah Kanan UPM
Pengulas : 1. Khairul Anuar Musa, Exco PKPIM

2. ”Integriti dan Pembinaan Jatidiri”
Oleh: Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Presiden IIM
Pengulas: 1. Wan Ahmad Fayhsal, Koordinator Kampus, TERAS
2. Hasnul Hanif Harun, Naib Presiden PKPIM

3. ”Liberalisasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Generasi Muda”
Oleh: Tn. Hj. Abd. Malek Awg. Kechil, Ketua Pengarah YAPEIM*
Pengulas: 1. Daniel Alexander, TAC
2. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco PKPIM

1600 Sidang Khas: ”Halatuju Negara: Antara Aspirasi Parti Politik dan Idealisme Generasi Muda”
Oleh: 1. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden PKPIM
2. Mohd. Syamsul Salleh, Jurucakap MPPK
3. Ichsan Ketua Komunikasi Pelajar Islam Indonesia (PII)

1730 Pembentangan Penegasan Kongres
Oleh: Pengarah

1800 Solat ’Asr
Minum petang
Bersurai

MAHASISWA ISLAM BERDAKWAH ATAU BERPOLITIK?

(Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)

DALAM tempoh dua minggu ini, terdapat dua program penting melibatkan mahasiswa Islam.Pertama, pelancaran Kelab Dewan Amal Islami (DAMAI), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Julai lalu.

Program kedua ialah Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 8 Ogos ini. Ia dianjurkan sempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM Ke-48 dan pelancaran buku PKPIM, Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011).

Kelab Damai IPTA ialah program terbaru DAMAI yang diperbadankan pada 2006. DAMAI ialah sebuah organisasi masyarakat sivil Islam. Ia bertujuan mengukuhkan persefahaman dan meningkatkan kerjasama gerakan Islam melalui satu gagasan bagi mencapai matlamat kecemerlangan semua bidang dan aktiviti dalam lingkungan syariah.

Kelab Damai IPTA berfungsi sebagai perantara persatuan Islam di kampus dengan penyaluran bantuan dan sokongan untuk aktivitinya. Ia berperanan merapatkan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi membantu memperkasa persatuan-persatuan tersebut.

Penubuhan kelab ini selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2009 apabila mahasiswa dibenarkan bergabung dengan organisasi luar kampus. Bagi PKPIM – yang hampir terkubur akibat pindaan AUKU (1975) – program MPAT kembali memungkinkan mahasiswa Islam menghadirinya.

Pindaan AUKU (2009) kelihatan menjanjikan gerakan mahasiswa Islam yang makin rancak. Tetapi adakah kerancakan itu akan menyamai atau mengatasi zaman keemasan gerakan mahasiswa era 1960-an hingga 1974? Adakah ia akan menandingi kerancakan ketika melonjaknya era dakwah kampus mulai 1970-an? Atau, adakah ia akan menghasilkan sesuatu yang baru? Hanya gerakan mahasiswa Islam yang ada jawapannya.

Jika menggunakan istilah “pelajar Islam”, maka gerakan pelajar Islam di Malaysia bermula pada 1900-an. Ia ditandai oleh beberapa tokoh pelajar seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Syed Salim al-Kalali dan Abas Mohamad yang pulang dari menuntut di Asia Barat. Mereka dipengaruhi pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh, yang memulakan gerakan keilmuan Islam ke arah pembangunan sosioekonomi, iaitu gerakan reformis-agama yang terawal.

Tetapi, jika menggunakan istilah “mahasiswa Islam”, tanda permulaan misalnya boleh merujuk kepada peranan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), yang antara sumbangan awalnya ialah mendesak kerajaan membina masjid berhampiran kampus tersebut.

Ini diikuti dengan penubuhan PKPIM di Asrama Kedua UM pada 1961. Tujuan asalnya ialah menggabungkan semua persatuan pelajar Islam selain menjadi wakil tunggal pelajar Islam negara ini dengan persatuan pelajar Islam luar negara.

PKPIM ditubuhkan kerana merasakan dua buah pertubuhan pelajar peringkat kebangsaan yang sedia wujud ketika itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan mahasiswa dan pelajar Islam.

Ketiga-tiga persatuan mahasiswa dan pelajar di peringkat kebangsaan ini menjadi sebahagian gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), iaitu badan induk bagi gerakan belia.

Sedekad selepas penubuhannya, iaitu pada 1971, PKPIM bersama-sama dengan PMIUM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), menjadi pelopor program Gerakan Kempen Kesedaran (GKK). Ia untuk menimbulkan kesedaran mahasiswa dan pelajar, membantu usaha menggalakkan masyarakat desa supaya dapat menikmati pembangunan negara dan menyampaikan dakwah serta menekankan keperluan perubahan sikap sesuai dengan tuntutan masa.

Pada tahun yang sama, PKPIM menganjurkan seminar yang mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam. Seminar itu berlangsung di Dewan Al-Malik Faisal, Petaling Jaya, yang kemudiannya menjadi dewan besar Kampus Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila ditubuhkan kira-kira sedekad kemudian.

Apabila AUKU dipinda pada 1975, PKPIM bingkas menentangnya, dan sehinggalah AUKU dipinda pada 2009, ia merupakan pertubuhan pelajar paling lama dan konsisten perjuangannya berhubung AUKU. Mutakhir, dasar kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai lalu, antara lain, terdapat ‘saham’ PKPIM di dalamnya.

Namun, sumbangan terpenting ialah penyuburan program dakwah dan tarbiah serta tradisi intelektual Islam di kalangan mahasiswa.

Menjelang dekad kelima kewujudannya, Presidennya, Mohd Hilmi Ramli berkata, kongres pada Sabtu ini bertujuan memberi makna dan kefahaman jelas akan teras-teras kenegaraan dalam mendepani isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia. Ia juga untuk merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan lebih baik untuk seluruh rakyat.

Kongres ini juga ingin mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan “1Malaysia” dan gagasan “Politik Baru”.

Sejak bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi, saya sering diajukan dengan soalan: Apakah sebenarnya teras pendekatan gerakan mahasiswa Islam – berdakwah atau berpolitik?

Saya tidak pasti apakah soalan ini sebagai mengimbau frasa yang dipopularkan bekas Ketua Dewan Dakwah Indonesia, Allahyarham Mohammad Natsir, “berdakwah di jalur politik, berpolitik di jalur dakwah”, atau dibuat atas niat lain.

Pada saya, umumnya gerakan mahasiswa Islam kita adalah berteraskan dakwah dan tarbiah. Ada yang turut membicara dan menyuarakan soal-soal politik. Dalam hal ini, kita perlu menganalisisnya dengan kebenaran dan keadilan.

Sebagai contoh, ia tidak bertentangan dengan AUKU (2009). Kita juga tidak mahu jika ia langsung tidak mempedulikan politik. Begitu juga, ada perbezaan antara suara politik kepartian dengan politik non-partisan.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mengehakupayakan gerakan mahasiswa Islam dalam memenuhi makna ayat al-Qur‘an: “Sesungguhnya mereka itu orangorang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” (Al-Kahfi: 13)

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ialah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

PETA KE WISMA BELIA




Maklumat Kongres

PENGANJUR
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM)

TEMA
Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur

TARIKH
8 Ogos 2009 (Sabtu)

TEMPAT
Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur

SASARAN PESERTA
1. Pimpinan pelajar sekolah

2. Pimpinan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi

3. Pimpinan Institusi dan Badan-Badan Bukan Kerajaan

4. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Pembuat Dasar

Objektif Kongres

1. Memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang.

2.
Merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

3. Mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’.


4. Menghasilkan
gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Pendaftaran Peserta

Untuk penyertaan, sila daftarkan diri kepada;

En. Abu Qasim Nor Azmi : 019-356 5805

En. Ahmad Fahmi Samsudin : 0132226925

Cik Sakinah Budiman : 013-212 4590

Rayuan Sumbangan dan Tajaan

PKPIM turut mengalu-alukan sebarang sumbangan dan tajaan untuk membantu penganjuran kongres ini. Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama;

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Akaun Bank Muamalat (Jalan Melaka): 14010000890717

PKPIM dahulukan dengan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan yang diberikan akan dikira sebagai amal jariah di sisi Allah s.w.t. yang pahalanya kekal dihitung sehingga akhir masa.

Pengikut

Sekretariat Kongres PKPIM

Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Tel
: 03-6184 2286
Faks
: 03-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

Kongres Anjuran PKPIM Sejak 1961

1) Seminar Pelajar- Pelajar Islam Se- Malaysia 4 september 1960- Penubuhan bersejarah PKPIM

2) Persidangan Guru- Guru dan Pelajar- Pelajar Persekutuan Tanah Melayu 1965

3) Kongres Kemajuan Islam Se- Malaya 1967- Kertas keja pertama penubuhan universiti Islam

4) Kongres Universiti Islam 3- 7 Ogos 1971- Perbincangan rasmi penubuhan universiti Islam dan penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

5) Kongres Pelajar Islam Se- Malaysia 14- 16 November 1987- Merayakan sambutan Jubli Perak PKPIM (25 tahun)

6) Kongres Pelajar Islam Se- Malaysia Ke-II 1989- Pelancaran Gerakan Pembinaan Generasi Abad 21

7) Seminar Gerakan Pelajar Islam Asia Tenggara dan Simposium Keperihatinan Masalah Pelajar 22- 24 Disember- Penubuhan semula PEPIAT berjaya dilaksanakan

8) Persidangan Antarabangsa IIFSO 1989- Berjaya menghimpunkan ratusan pemimpin gerakan Islam berkampung di Malaysia

9) Kongres Reformasi Pendidikan 1993

10) Seminar Serangan Budaya Hedonistik Menjelang Abad 21 24 Julai 1994- Menjentik kesedaran masyarakat ancaman budaya hedonistik

11) Seminar Cabaran Pengkorporatan IPT 1995

11) Kongres Mahasiswa Kebangsaan 1998- Permulaan kerjasama PKPIM, GAMIS dan UKEC

12) Konvensyen Mahasiswa Nasional 2001- 2005- Kerjasama dengan DBP selama 4 tahun berturut, termasuk desakan awal PKPIM menolak PPSMI pada 2003

13) Seminar Manhaj Malizi 2007

14) Kongres Pelajar dan Penegasan Teras- Teras Kenegaraan 2009

PKPIM 60an

PKPIM 60an

PKPIM 60an

PKPIM 60an

PKPIM 70an

PKPIM 70an
Saf kepimpinan PKPIM 1969- 70

PKPIM 70an

PKPIM 70an
Mesyuarat Agung Tahunan

PKPIM 80an

PKPIM 80an
Seminar Menangani Budaya Hedonistik

PKPIM 80an

PKPIM 80an
Muzakarah Mengembalikan Wibawa PKPIM- ABIM

PKPIM 90an

PKPIM 90an
Kongres Reformasi Pendidikan 1990

PKPIM 90an

PKPIM 90an
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke- 40

PORTAL PKPIM | Hidup Biar Berjasa

JavaScript Free Code